-->

KEJURUTERAAN AWAM

Anda mahukan cabaran? Suka bekerja di bawah panas terik? Tidak suka bekerjaq dalam suasana pejabat? Kerjaya sebagai seorang jurutera awam adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

Kerjaya sebagai seorang Jurutera Awam melibatkan tugas mereka bentuk, pembinaan dan pengurusan. Bekerja dalam susasa yang mencabar mampu menguji daya ketahanan seseorang. Penglibatan jurutera awam adalah dari peringkat reka bentuk sesuatu struktur hinggalah kepada penyiapan struktur tersebut. Antara contoh struktur yang memerlukan kepakaran seorang jurutera awam adalah seperti jambatan, terowong, lebuhraya empangan dan bangunan.

Bidang kejuruteraan awam adalah cabang kejuruteraan yang paling meluas diaplikasikan dalam kehidupan dan paling dilihat ketara berbanding cabang kejuteraan lain.

KERJAYA KEJURUTERAAN AWAM di MALAYSIA

Malaysia sedang bersiap sedia untuk menambah baik kemudahan infrastruktur dan sektor tenaga. Permintaan terhadap keperluan tenaga mahir dalam kejuruteraan awam dijangkan meningkat akibat rangsangan ini. Sekurang-kurangnya 200,000 orang jurutera adalah jumlah yang perlu dicapai oleh Malaysia sebelum tahun 2020 untuk mencapai status negara maju. Sehingga kini, hanya terdapat 70,000 orang jurutera yang berdaftar di Malaysia.

DreamEdge Sdn Bhd (DESB) berhasrat untuk membantu negara mencapai status hab kejuruteraan global menjelang tahun 2015, selaras dengan Plan Transformasi Ekonomi (ETP).Menurut DESB, Malaysia banyak melahirkan graduan kejuruteraan mekanikal yang akhirnya bekerja di kilang-kilang yang sepatutnya dipelopori oleh graduan kejuruteran pembuatan. Kebanyakan negara dari eropah seperti german, termasuk Jepun berminat untuk mendapatkan khidmat kejuruteraan dari Malaysia kerana kos yang lebih rendah dengan kualiti yang tiada kompromi.

Kerjasama antara DESB bersama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Unit Pelaksanaan dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) diharap dapat memacu industri kejuruteraan di Malaysia ke arah yang lebih baik.

Pelaksanaan projek MY Rapid dan lain-lain projek permulaan (EPP) diharap dapat membantu menjadi menjadi penampan bagi pertumbuhan berterusan industri ini serta dapat meningkatkan permintaan domestik di dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu pada masa ini.

JULAT GAJI

KLIK LOGO SPA DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI BIDANG KERJAYA SEBAGAI JURUTERA


0 comments:

Copyright © 2013 KEMBARA
KERJAYA
and Blogger Themes.